Wednesday, March 7, 2007

haiwan kesayangan


Semua orang mempunyai haiwan kesayangan masing-masing. Haiwan kesayangan saya ialah kucing. Kucing saya cantik dan comel. Namanya Si Comel. Makanan kesukaan kucing ialah ikan.
pets
Memelihara kucing baka kini muncul sebagai hobi eksklusif bagi sesetengah rakyat Malaysia dengan curahan kasih sayang mahu pun wang terhadap haiwan ini kadangkala melebihi tumpuan terhadap anak sendiri……Tidak seperti kucing biasa yang cukup diberi nasi berlaukkan ikan goreng, kucing baka mendapat layanan istimewa dari segi makanan, tempat tidur, rawatan perubatan, malah mempunyai alat permainan sendiri.Kecenderungan memelihara kucing baka sebelum ini bersifat minat individu, tetapi kebelakangan ini berubah menjadi hobi ramai melalui kewujudan beberapa persatuan yang mengumpulkan penggemarnya.